Skip to main content
News

GVFI Mengadakan Jualan Rahmah 2024 (Surau Al Huda)

By 2 December 2024No Comments

Pada 23 November 2024 GV Food telah melibatkan diri dalam Program Jualan Rahmah 2024 yang dianjurkan oleh pihak Surau Al Huda, yang bertempat di Seksyen 19, Shah Alam.

Dalam program kali ini GV Food telah membawa antara produk utama iaitu barisan beras seperti Beras Super Import Thai, Beras Wangi Cambodia, Beras Basmathi Pusa Cream 1121 & minyak masak 5kg.

Pihak GV Food mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak Surau Al Huda kerana memberikan peluang kepada kami dalam membuat jualan pada hari kejadian.